Monday, December 13, 2010

Hasil Home garden

Untuk entry kali ini gua nak bercerita tentang hasil dari home garden gua....perghh...suke....suke?? Apa yang gua telah tanam bermula dengan tomato ceri , tomato biasa , cili merah , cili padi dan lain-lain...ceh cam banyak je tulis dan lain-lain tu...hehehe

Apa yang gua cuba paparkan adalah hasil yang tidak seberapa dari tanaman gua..namum gua tetap bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Nya...amin.... ini kerana apa yang gua buat bukan la secara komersial tapi hanya untuk mencari kenangan masa muda...hidup ini sangat singkat...ewahhh....

Ok...kita mulakan dengan pokok cili merah....setelah 4 bulan menanam dengan menempuh pelbagai kesukaran dan dugaan sebanyak 13 pokok cili merah membuahkan hasil...hasil nya tidak la membanggakan tapi cukup untuk bersyukur...sebanyak 40 biji buah berjaya masak hingga merah...namun apa yang menyedihkan adalah lebih dari 10 biji rosak akibat dimakan ulat buah..uwaaaa...sedih nye...tapi sabar je.....Diharap untuk pusingan kedua pokok cili ini dapat membuahkan hasil yang lebih selepas di bubuh cecair kawalan serangga...

Ni gambar antara cili merah yang diambil

Cili merah yang baru di petik..hanya 4 biji..tapi besau jugak la...hehehe
Ini pula cili yang masih belum dipetik...cili yang agak kurus..hehe

Hanya 2 biji yang masak pada masa gambar diambil...gua rase ini cili paling gemok...


OK!! Selepas cili merah gua mau cerita pasal tomato ceri pula...pada entry yang lepas ada gua cerita kan tentang pokok tomato gua yang sudah mati selepas diserang...kalau ada masa gua akan cerita ape sebab ianya diserang...Cuma kat sini gua mau cerita pasal hasil tomato ceri yang tinggal..hehe...sebelum dia mati dia ada meninggal kan hasil...fuhhh...sedih je ayat die...

Sebahagian hasil tomato ceri di tapak tangan gua..hehe

Untuk pokok yang mati gua sempat la amik buah dia...tapi memang kecewa sangat sebab pokok yang mati tu bunga dia banyak sangat...pastu buah yang keluar tu memang terbaik...Punca die gua servey kt tenet ni adalah sebab Bacterial Wilt yang menyerang....benda ni memang adalah serangan yang hanya menyerang pokok tomato..pokok akan jadi layu secara tiba-tiba lalu ianya mati...

Tomato ceri yang dipetik dari pokok yang tiba-tiba mati...

Cuba Tanaman Baru

Inilah rupa kubis bulat...tapi ni bukan gua tanam....hehehe...gambar hiasan je




Selepas mencuba tanaman cili, tomato dan tomato ceri..gua telah mencuba tanaman baru lagi...Antara nya kubis bulat dan bendi...Saje nak try tanaman lain plak....

Apa yang gua baca kubis bulat ni berasal dari keluarga brassica...nama sainstifin dia brassica oleracea...tudia...untuk bahagian perubatan die berkesan untuk merawat penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus.


Kat home garden gua try la tanam kubis bulat ni..harap-harap menjadi la...lepas semai dalam pasu merah empat segi tu gua pindah kan dalam pasu kecil..sebab gua pindahkan senang nak jaga...lagi pun untuk ruang pokok membesar..lagi pun ni baru peringkat percubaan untuk pokok kubis bulat ni.... kalau terus masukan dalam poli beg besar rugi plak...gua ade tanam seblom ni...tapi tak menjadi...maknanya ni sudah masuk 3 kali mencuba....harap-harap menjadi la ye....hehehe



Masa gambar diambil baru ada 2 hingga 3 daun pada setiap pokok...harap-harap dia akan terus naik dan berkembang besar..Memang agak sukar jugak la nak jaga die...


 Bendi berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran yang berlendir.  Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng.  Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.Lepas ni boleh la gua minum air biji bendi...hehehe...ntah ape la rasenye kan....


Ini adalah antara pokok bendi yang ditanam dalam poli beg..


Apa yang gua baca dalam internet bendi ni susah untuk diserang penyakit..ermm..tapi ade jugak yang menyerang nya,...biasala tempat gua ni dah penuh dengan pelbagai serangga perosak..


Lagi pokok bendi yang ditanam dalam poli beg...


Tapi hasil kacang bendi gua agak kurang memuaskan..bendi nya agak kontot...dan gemok...adehhh....ntah ape la kurang nya disitu....mak gua cakap hasil nya boleh dipetik kalau kite boleh patah kan ekor kt buah kacang bendi ni..macam juga la orang membeli nya di pasar kalau nak tengok bendi tu elok ke tidak..


Pokok bendi yang ditanam diatas tanah tanpa poli beg....


Ini pula pucuk bendi beserta buah bendi  yang akan keluar......