Wednesday, March 16, 2011

Tak puas hati dengan Lamborghini




Gua terbaca keratan kosmo bertarikh 17March 2011 dimana pemilik kereta Lamborghini di China tak puas ati dengan pengedar serta wakil service disana kerana tak dapat kenal pasti ape kerosakan yang dialami pemilik kereta tersebut....Dengan Harga AS$804,301 (RM2.45 juta) kereta tu dirosakan dengan tukul besi...hahaha..siap upah orang lagi....mungkin tak larat kot nak hancurkan kereta sendiri..hehe





Tapi walau apa pun bg kt gua pun ok jugak ape....hehe...mahal tu...nak wat macam ner...kalau dah kaya macam ni punya cara pun boleh untuk tunjuk rasa tidak puas hati...

Tuesday, March 15, 2011

Seorang demi seorang

Mungkin tak sesuai kepada sesiapa yang bekerja di satu company sekiranya tak feel dan tak seronok so  dia akan berenti kerja..di tempat gua kerja bleh dikatakan ramai sgt orang lari atau berenti untuk bekerja di tempat lain..Utk department gua pun memang 2 orang saja yang lama..tu tak termasuk manager..yang lain suma dah cabut..









Termasuk la gua sendiri yang rasa amat suram dan muram bila mahu ke tempat kerja...sudah tidak ada apa lg..tapi apa daya kalau terpaksa mengadap untuk mencari rezeki...bila la rezeki di tempat lain akan muncul..

Antara faktor yang menyebabkan kita tidak minat bekerja di satu-satu company...

  1. Pihak pengurusan yang gampang dan dengan kata lain pengurusan yang hanya penting diri....-disini apa yang gua cuba cakap kan adalah pihak pengurusan akan suke hati memotong gaji serta elaun...yang pada dahulunya tak pernah buat macam tu...memang pada hakikatnya mereka mempunya alasan tapi adakala nya seperti tak masuk akal- contohnya potong gaji sebab lewat datang kerja..tapi bila kita balik lambat tiada bayaran lebih masa...dan kerja ofis ada kalanya di paksa untuk wat dirumah tapi tiada bayaran tambah...tolong beb..zaman sekarang semua duti..kencing pun bayar tau.~~
  2. Tiada bonus dan kenaikan gaji ---bonus biasanya dikaitkan dengan keuntungan syarikat..tapi bagi staff mereka akan malas bekerja betul-betul bila tiada bonus dan kenaikan gaji..ini seperti hasil mereka tidak dihargai..sebab itu mereka perlu berhijrah ketempat lain untuk mendapat faedah company baru...
  3. Company yang tiada masa depan dan tiada jaminan --- Apabila jaminan masa depan sudah gelap ini akan menyebabkan staff akan sangsi akan kemajuan company...memanglah kemajuan company banyak terletak pada staff tapi sekiranya tiada jaminan memang tidak adalah yang akan stay...siapa yang nak kerja di company bankrup??
  4. Tadak Benefit untuk staff --- benefit staff adalah seperti cuti tahunan yang banyak, medical panel macam klinik kalau sakit demam...dua benda ini amat penting bagi staff yang bekeluarga dan staff yang berkahwin...dengan perlu bekerja sehingga 5 tahun baru lah dapat merasai 15 hari setahun...ermmm cukup lama tempoh tu..yang lain akan dikenakan cuti tidak berbayar gaji...kene potong gaji lagi...dan bagi panel klinik pula amat penting kalau kita ditimpa sakit demam...bayangkan hanya rm100 saja untuk setahun dengan tiada panel klinik...2 kali amik ubat dah abis peruntukan itu...
  5. Elaun Outstation dan lain-lain elaun diikurang kan --- Hanya sekitar rm20 untuk sehari bagi elaun outstation..tapi kene kerja sampai beratus km dari opis...memang kedekut...kalau tak silap gua amount tu dari rm 40-60 dulu..tapi jadi rm20++....sapa yang mau pergi outstation camtu...suruh makcik die pun xnak...
  6. BOS yang macam HARAM  --- benda ni mungkin perasaan yang paling tak suka skali..pasal kita kerja mesti report kat bos..tapi mau tak mau mesti ngadap jugak die..dengan itu plak bos cam haram...cerewet, berlagak cam nak mampos , ( berlagak BOS ) padahal supervisor je...tak hormat staff bawah die, lebih penting kan diri sendiri dari masalah staff..ini menyebabkan staff akan cabut al-mabut ke company lain