Gambar ni adalah diambil dari salah satu web site..ana pinjam la...
Solat adalah rukun ISLAM yang ke 2..solat juga merupakan tiang agama dimana kekuatan iman seseorang yang beragama ISLAM....Seperti yang kita tau solat fardhu wajib didirikan 5 waktu bermula subuh, zohor, asar, maghrib dan di ikuti dengan isyak.
Ana tidak la mempunyai ilmu agama yang dalam cuma sebagai asas seorang umat ISLAM memang kita patut tau apa itu RUKUN SOLAT
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
Berdiri bagi yang mampu
Niat
Takbiratul Ihram
Membaca surah Al-Fatihah.
Rukuk dengan tama'ninah
Iktidal dengan tama'ninah.
Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
Duduk dalam Tasyahhud akhir.
Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
Mengucapkan salam yang pertama.
Tertib
Tama'ninah adalah dilakukan dengan tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti sebentar. Ok berdasarkan point-point yang ada diatas tu ana mau cerita la skit...ada satu video yang ana jumpa dalam youtube tapi kesahihan dia tak tau la...mungkin benar ataupun tidak..
Mengapa bukan main laju lagi die solat dari satu rukun ke satu rukun...ana ni bukan la pandai sangat...cume entry ni adalah persoalan dan bukanlah pertikaian..ermmm...mungkin sesiapa yang lebih arif boleh menerangkan pada ana...
Lama gua tak post entry pasal gerdening ni....so cite die pasal kubis bulat yang gua tanam...pada peringkat permulaan memang la cantik naik die...tapi sejak kebizian yang melanda diri memang tak tarjaga....mana tidak nya baja pun bubuh sebulan skali...ermmmm.....
Tapi gua ingat nak tanam balik la kubis bulat ni..sejak kegiatan tanaman belakang umah ni dah beralih arah ke tanah dan tidak lagi menggunakan polybeg...tapi bila tengok balik gambar yang tanam dalam polybeg tu...memang agak tersusun berbanding tanam atas tanah ni...sbb tanah luas...so nak jaga dari rumput naik tu adehhh macam2...dah la part time je wat benda ni...
sedang membesar dan akhirnya tak besar...
Peringkat remaja
Bagai kubis dibelah dua
Ini lah hasilnya...hanya besar skit je dari telur ayam...hahahha
Satu pagi sebelum pergi kerja gua macam biasa la akan kebelakang rumah untuk menyiram tanaman yang tak seberapa...sedang gua ingin amik air terkejut beruk jgk la kat kaki gua ada ular...agak sedikit melompat time tu...hehehe..apa tidak nya nampak ular berwarna skit..~~~skit~~~eeee......hitam....walaupun anak ular...tapi ada bisa jgk tu...
Tapi setelah di teliti rupanya..dah mati ular tu... sebab semut dah ada kt sekeliling ular tu..gua pun tgk la macam mana plak ular ni boleh mati kt sini..pelik juga..
Tumpasnya sang cicak...
lebih kurang 3 meter dari ular tu ternampak pula satu kumpulan semut sedang mengemuruni satu benda...dan benda tu adalah cicak yang sudah tidak berekor lagi..yang menjadi persoalan macam mana kedua binatang ni boleh mati..adakah anak ular ni berlawan dengan cicak..dan akhirnya kedua-duanya mati..
Gua terbaca keratan kosmo bertarikh 17March 2011 dimana pemilik kereta Lamborghini di China tak puas ati dengan pengedar serta wakil service disana kerana tak dapat kenal pasti ape kerosakan yang dialami pemilik kereta tersebut....Dengan Harga AS$804,301 (RM2.45 juta) kereta tu dirosakan dengan tukul besi...hahaha..siap upah orang lagi....mungkin tak larat kot nak hancurkan kereta sendiri..hehe
Tapi walau apa pun bg kt gua pun ok jugak ape....hehe...mahal tu...nak wat macam ner...kalau dah kaya macam ni punya cara pun boleh untuk tunjuk rasa tidak puas hati...
Mungkin tak sesuai kepada sesiapa yang bekerja di satu company sekiranya tak feel dan tak seronok so dia akan berenti kerja..di tempat gua kerja bleh dikatakan ramai sgt orang lari atau berenti untuk bekerja di tempat lain..Utk department gua pun memang 2 orang saja yang lama..tu tak termasuk manager..yang lain suma dah cabut..
Termasuk la gua sendiri yang rasa amat suram dan muram bila mahu ke tempat kerja...sudah tidak ada apa lg..tapi apa daya kalau terpaksa mengadap untuk mencari rezeki...bila la rezeki di tempat lain akan muncul..
Antara faktor yang menyebabkan kita tidak minat bekerja di satu-satu company...
Pihak pengurusan yang gampang dan dengan kata lain pengurusan yang hanya penting diri....-disini apa yang gua cuba cakap kan adalah pihak pengurusan akan suke hati memotong gaji serta elaun...yang pada dahulunya tak pernah buat macam tu...memang pada hakikatnya mereka mempunya alasan tapi adakala nya seperti tak masuk akal- contohnya potong gaji sebab lewat datang kerja..tapi bila kita balik lambat tiada bayaran lebih masa...dan kerja ofis ada kalanya di paksa untuk wat dirumah tapi tiada bayaran tambah...tolong beb..zaman sekarang semua duti..kencing pun bayar tau.~~
Tiada bonus dan kenaikan gaji ---bonus biasanya dikaitkan dengan keuntungan syarikat..tapi bagi staff mereka akan malas bekerja betul-betul bila tiada bonus dan kenaikan gaji..ini seperti hasil mereka tidak dihargai..sebab itu mereka perlu berhijrah ketempat lain untuk mendapat faedah company baru...
Company yang tiada masa depan dan tiada jaminan --- Apabila jaminan masa depan sudah gelap ini akan menyebabkan staff akan sangsi akan kemajuan company...memanglah kemajuan company banyak terletak pada staff tapi sekiranya tiada jaminan memang tidak adalah yang akan stay...siapa yang nak kerja di company bankrup??
Tadak Benefit untuk staff --- benefit staff adalah seperti cuti tahunan yang banyak, medical panel macam klinik kalau sakit demam...dua benda ini amat penting bagi staff yang bekeluarga dan staff yang berkahwin...dengan perlu bekerja sehingga 5 tahun baru lah dapat merasai 15 hari setahun...ermmm cukup lama tempoh tu..yang lain akan dikenakan cuti tidak berbayar gaji...kene potong gaji lagi...dan bagi panel klinik pula amat penting kalau kita ditimpa sakit demam...bayangkan hanya rm100 saja untuk setahun dengan tiada panel klinik...2 kali amik ubat dah abis peruntukan itu...
Elaun Outstation dan lain-lain elaundiikurang kan --- Hanya sekitar rm20 untuk sehari bagi elaun outstation..tapi kene kerja sampai beratus km dari opis...memang kedekut...kalau tak silap gua amount tu dari rm 40-60 dulu..tapi jadi rm20++....sapa yang mau pergi outstation camtu...suruh makcik die pun xnak...
BOS yang macam HARAM --- benda ni mungkin perasaan yang paling tak suka skali..pasal kita kerja mesti report kat bos..tapi mau tak mau mesti ngadap jugak die..dengan itu plak bos cam haram...cerewet, berlagak cam nak mampos , ( berlagak BOS ) padahal supervisor je...tak hormat staff bawah die, lebih penting kan diri sendiri dari masalah staff..ini menyebabkan staff akan cabut al-mabut ke company lain
Agak kurang kerap jugak la gua post entry buat masa ni...ini la sebabnya kalau sibuk sangat..disamping tu kekusutan idea juga membataskan pernambahan entries baru...Namun di sebalik kesibukan sempat juga la gua curik masa untuk main satu game simulation ni...game Sim tower....game ni gua dah pernah main dulu...mase sekolah rendah...tapi saje mau main balik sekarang ni...
game sim tower
Game Sim Tower ni telah dibangun kan oleh OPeNBooK Co., Ltd dan diperkenalkan oleh Maxis iaitu pembuat game di US untuk Microsoft Windows dan Mac OS pada tahun 1994..Game ini memerlukan pemain untuk membina menara atau tower dengan segala kemudahan yang ada dengan mengikut bintang yang diberi sehingga la mencapai tahap 5 star dan seterusnya menjadi tower level....
contoh game Sim Tower
Sim Tower ini memerlukan pemain membina facilities seperti restoren, cafe ,office, Condominium serta Hotel...Pemainan dimulakan dengan satu star dengan kemudahan asas yang boleh di bina seperti lif pejabat, condo kedai serta cafe...dan apabila bintang telah bertambah..kemudahan tambahan juga akan diberikan seperti hotel suite, tempat sampah dan juga medical.....Bintang akan bertambah berdasarkan population iaitu jumlah orang yang ada dalam tower kita....
Sim tower yang rosak sebab kebarakan..
Ada juga cabaran yang dapat masa main game ni...contoh kebarakan , bom dan kawalan harga unit pejabat atau rumah yang boleh sebabkan population kurang....untuk bom kalau kita tak bubuh security memang kita kena bayar kat penjahat tu...then kalau xmau bayar meletop la tower...hahaha..tapi kalau dah ada security biar dorang saja yang carik bom tu...memang cara la game ni...untuk dikala bosan....
Game ni tak perlukan system yang power...sebab tahun dikeluarkan memang time windows 95...
Gua baru perasan dalam beberapa ari ni google telah menaikan taraf kan carian enjin....ketika kita sedang ingin menaik pada kotak input pada kebiasaannya dia hanya display suggestion words untuk kita tapi pada kali ini ia akan terus display kan web yang mengandungi keyword yang kita cari....memang terbaik la google...
Band Incubus ni sangat gua suka...tak tau macam mana boleh terjebak suke pada band ni...isk...baru teringat..dulu gua ada beli kaset modern rock kompilation then dalam kompilasi tersebut ada terselit lagu DRIVE lagu yang tengah top masa tu dan dengan lagu ni la telah menaikan incubus di mata dunia.....
`Whatever tomorrow brings
I'll be there with open arms and open eyes yea
Whatever tomorrow brings
I'll be there I'll be there"
Ni antara lirik lagu Drive yang popular pada masa itu...Incubus ni dianggotai oleh Brandon Boyd as a vocal , Mike Einziger as a gitarist dan Jose Pasilas as a drummer...pada mula nya bassist incubus adalah my idola iaitu Dirk Lance...tapi jodoh dia tak berpanjangan bersama incubus ni dan pada tahun 2003 Ben Kenny ganti tempat beliau...terbaik dowh base line die.....bagi turntable dimainkan oleh DJ Killmore yang menggantikan DJ Lyfe pada tahun 1998....
Incubus bermain music berkonsepkan alternative rock , funk, funk Metal , jazz , hip hop , nu metal , rap metal ,techno dan triphop...tu dia...banyak gila konsep yang dorg cube ketengahkan....
Rakaman lagu dorang bermula pada 1995 dengan Fungus Amongus dikeluarkan sebanyak 4 lagu dirakam kan secara percuma di 4th Street Recording, Santa Monica, California dan susuli dengan EP mereka pada 1997 bersama 6 lagu direcord kan.....Pada masa ni DJ lyfe yang bermain turntable....
Pic first recorded from incubus on 1995
Pada September 1997 album S.I.E.N.C.E telah dikeluarkan dengan lagu Summer Romance (Anti-Gravity Love Song) , A Certain Shade of Green dan beberapa lagi lagu....yang gua tulis tu lagu peberet la.... tapi ade lagi...hehehe..
Album science...
Selepas berehat selama 2 tahun dari merakam kan album incubus telah mengeluarkan album seterusnya iaitu album MAKE YOURSELF pada tahun 1999..dan bagi gua lagu killer dalam album ni ialah pardon me...memang menangkap....walaupun pada mula nya ini adalah single pertama untuk album ni namun tidak la diterima sangat di stesen radio..incubus mula merecord untuk versi akustik bagi lau pardon me dan dari situ ia semakin diterima semula....aik...bagi gua lagi best original version...hehehe...dalam album ni jugalah tersenarai lagu DRIVE yang cukup meletop sehingga tersenarai dalam billboard hot 100 single chart....
unik cover album ni...gua suke...
Pada 2001 incubus telah mengeluarkan lagi album yang di beri nama morning view..dan lagu feberet gua dan juga single terbaik album adalah wish you were here
Pandangan indah permai di pagi hari....
Tahun 2003 pula lahirlah album a cow left of the murder...eh silap...a crow left of the murder dengan lagu single pertama mereka telah di kecam oleh pihak pentadbiran bush yang konon nya lagu megalomaniac seperti mengkritik pentadbiran bush...dah memang kejam pun bush ni.....tapi ianya dinafikan oleh incubus sendiri...kalau betul pun apa salahnya..hahaha..sehingga kan di banned kan untuk tontonan MTV
A crow left of the murder
Light Grenades muncul untuk album keenam incubus pada tahun 2006 dengan lagu anna molly peberet gua...memang ade kelainan untuk album ni...biasa la..xkan nak heavy kot..umur pun dah naik serta kematangan muzik telah nampak terselah....