Thursday, May 5, 2011

Express SOlat

Gambar ni adalah diambil dari salah satu web site..ana pinjam la...



Solat adalah  rukun ISLAM yang ke 2..solat juga merupakan tiang agama dimana kekuatan iman seseorang yang beragama ISLAM....Seperti yang kita tau solat fardhu  wajib didirikan 5 waktu bermula subuh, zohor, asar, maghrib dan di ikuti dengan isyak.

Ana tidak la mempunyai ilmu agama yang dalam cuma sebagai asas seorang umat ISLAM memang kita patut tau apa itu RUKUN SOLAT

Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
  1. Berdiri bagi yang mampu
  2. Niat
  3. Takbiratul Ihram 
  4. Membaca surah Al-Fatihah.
  5. Rukuk dengan tama'ninah
  6. Iktidal dengan tama'ninah.
  7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
  9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
  10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
  12. Mengucapkan salam yang pertama.
  13. Tertib
Tama'ninah adalah dilakukan dengan tenang dan tertib, tidak terburu-buru,berhenti sebentar. Ok berdasarkan point-point yang ada diatas tu ana mau cerita la skit...ada satu video yang ana jumpa dalam youtube tapi kesahihan dia tak tau la...mungkin benar ataupun tidak..

Mengapa bukan main laju lagi die solat dari satu rukun ke satu rukun...ana ni bukan la pandai sangat...cume entry ni adalah persoalan dan bukanlah pertikaian..ermmm...mungkin sesiapa yang lebih arif boleh menerangkan pada ana...


4 comments:

  1. kelajuannya kerana mengejar masa atau pada ketika itu syaitan bermain main dengannya

    ReplyDelete
  2. ataupun dia ikut mazhab lain kot pak teh...

    ReplyDelete
  3. azhab mana pula..pantas juga dia baca semua ayat... *garu2 kepala

    ReplyDelete