Gambar ni adalah diambil dari salah satu web site..ana pinjam la... |
Solat adalah rukun ISLAM yang ke 2..solat juga merupakan tiang agama dimana kekuatan iman seseorang yang beragama ISLAM....Seperti yang kita tau solat fardhu wajib didirikan 5 waktu bermula subuh, zohor, asar, maghrib dan di ikuti dengan isyak.
Ana tidak la mempunyai ilmu agama yang dalam cuma sebagai asas seorang umat ISLAM memang kita patut tau apa itu RUKUN SOLAT
Rukun solat ada 13 perkara iaitu:
- Berdiri bagi yang mampu
- Niat
- Takbiratul Ihram
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Rukuk dengan tama'ninah
- Iktidal dengan tama'ninah.
- Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
- Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
- Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
- Duduk dalam Tasyahhud akhir.
- Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
- Mengucapkan salam yang pertama.
- Tertib
Mengapa bukan main laju lagi die solat dari satu rukun ke satu rukun...ana ni bukan la pandai sangat...cume entry ni adalah persoalan dan bukanlah pertikaian..ermmm...mungkin sesiapa yang lebih arif boleh menerangkan pada ana...