Tuesday, June 18, 2019

Lidah Singa Mampu Koyakan Kulit dan Daging Manusia

Gambar kredit bush24.com



Sebagai haiwan karnivor singa mempunyai saiz rahang dan gigi yang direka untuk membantu mereka merobek dan mengoyak mangsa. Dengan tengkorak yang besar dan tebal untuk menyokong otot rahang yang kuat dan gigi taring yang besar sehingga 10 sentimeter panjangnya.


Gambar kredit ggconservation


Lidah Singa adalah sangat kasar dan ianya seperti keras pasir. Dilitupi duri kecil yang dipanggil "papillae", yang menghadap ke belakang dan digunakan  untuk mengikis daging dari tulang dan kotoran dari bulu. Duri ini juga membuatkan lidah begitu kasar sehingga sekiranya singa menjilat anggota badan anda hanya beberapa kali, ANDA AKAN DITINGGALKAN TANPA KULIT LANGSUNG.



Monday, May 13, 2019

Resepi padu Milo Ais Lori


Kalau bancuh sendiri rasa lain. Kalau minum Milo kotak rasa lain. Kalau minum di Lori pun rasa lain. Setelah diteliti dalam banyak-banyak resepi Milo ais lori. Ini yang ada kelainan pada bahan penyediaannya. Selamat mencuba untuk berbuka nanti ye


Resepi
  • Susu Tepung 4 sudu besar
  • Milo Serbuk 2 sudu besar
  • Susu Pekat 1 sudu besar
  • Esen Vanila ½ penutup
  • Air
  • Air Batu
  • Susu cair buat hiasan  

Sumber dan kredit  IG dapoq_pidot

Wednesday, May 8, 2019

Top Online Shopping untuk raya



1 . Lazada
Website :www.lazada.com.my
Mobile Apps : Google Play dan Apps Store



Merupakan online platform yang popular sejak beberapa tahun.Telah dimiliki oleh Alibaba Group, Lazada juga boleh dikatakan memulakan trending shopping online sejak 2012. Bukan sahaja barangan dan pakaian untuk musim perayaaan malah terdapat pelbagai barang dijual di laman web Lazada.

Cara bayaran
Lazada wallet, Credit/Debit Card, online banking, Installment Maybank, 7Eleven dan cash on delivery

2 . Shopee
Website : shopee.com.my
Mobile Apps: Google Play dan Apps Store



Seperti juga Lazada Shopee juga menyediakan platform online yang menjual pelbagai barangan. E-commerce Platform yang berpengkalan di Singapura ini juga boleh digunakan bersama mobile apps untuk memudahkan pengguna membeli secara online.

Cara bayaran
Credit/Debit, ATM/Cash Deposit, Online Banking and Shopee Pay

3 . Zalora
Website : www.zalora.com.my
Mobile Apps : Google Play dan Apps Store




Zalora merupakan shopping pakaian online. Tidak seperti Lazada dan Shopee, Laman web Zalora menyediakan platform online untuk pakaian, aksesori,kasut serta produk kecantikan. Rekaan terkini daripada pereka fesyen seperti Nurita Harith, Rizalman, Ezzati Amira dan beberapa pereka fesyen yang terkenal. Walaupun agak sedikit mahal namum dari segi kualiti ianya amat berbaloi. Zalora juga menjadi pilihan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan barangan berjenama dari dalam dan luar negara.

Cara bayaran
Cash on delivery, E-gift Card/Mystore Credit, Visa Debit/Credit Card, Online Banking, Paypal, Boots Wallet dan American Express.

4. Fashionvalet
Website : www.fashionvalet.com
Mobile apps : Tiada


Description
FashionValet merupakan destinasi fesyen online di rantau Asia Tenggara  dengan menjual pakaian, kasut dan pelbagai aksesori fesyen terkini. Diasaskan oleh blogger terkenal Vivy Yusof dan suaminya Fadzarudin Anuar pada 2010. Dengan konsep membawa pelbagai hasil rekaan dari pereka-pereka fesyen sekitar Asia Tenggara untuk diketengahkan didalam satu platform online. Selain itu Fashionvalet juga memiliki Outlet di Bangsar Villege II, Pavilion Kuala Lumpur, Publika Shopping Gallery and IOI City Mall Putrajaya

Cara Bayaran
Credit Cards, Debit Cards, Charge Cards, e-banking, dan e-wallets


5. Scarffeya
Website : scarffeya.com
Mobile Apps : Tiada


Description
Scarffeya adalah laman web yang menjual pakaian muslimah yang berjenama dan bergaya. Ditubuhkan sejak 2014. Menawarkan pelbagai jenis pakaian seperti baju kurung, baju kurung moden dan sebagainya.

Cara Bayaran
Credit Card melalui paypal dan Ipay88, Invoice, Cek serta offline bank transfer

6. Arianionline
Website : www.arianionline.my
Mobile Apps : Tiada



Description
Galeri tudung online yang ditubuhkan pada Jun 2015 ini merupakan laman web yang menawarkan selendang dan tudung berjenama sebagai produk utama mereka. Untuk musim perayaan ini ia juga menawarkan pakaian seperti jubah, kurung moden,pakaian sedondon ibu dan anak.

Cara Bayaran
Ipay88, Paypal dan Cash deposit

7. Radiusite
Website : www.radiusite.com.my
Mobile Apps : Tiada



Description
Radiusite adalah salah satu jenama hijab yang terkenal di Malaysia. Menawarkan harga yang berpatutan dan telah ditubuhkan sejak tahun 2008. Antara pakaian yang ditawarkan pada musim perayaan ini adalah seperti Baju Kurung, Tudung, baju jurung anak dan ibu . Mempunyai beberapa kedai yang terletak di Bangi, Shah Alam, Rawang dan Johor Bahru.

Cara Bayaran
Ipay88, Direct Online transfer/Bank In dan Paypal




8. Calaqisya
Website : www.calaqisya.com
Mobile Apps : Tiada



Description
Qalaqisya menawarkan pelbagai jenis pakaian dari tudung, baju kurung, baju melayu untuk lelaki,  dress, jubah, kasut dan pelbagai aksesori. Selain itu Qalaqisya mempunyai beberapa outlet sekiranya pembeli ingin melihat sendiri barangan atau terus membeli di kedai seperti di Mytown Shopping center Cheras, Ipoh, Johor Bharu dan Central I-City Shah Alam


Cara Bayaran
Ipay88, Paypal dan Credit Card


9. Imaanboutique

Website : www.imaanboutique.com
Mobile Apps : Tiada


Description
Rekaan fesyen ImaanBoutique yang mengutamaan pakaian muslimah yang ideal dengan membahagikan rekaan pakaian kepada 3 golongan iaitu muda, bekerjaya dan golongan muslimah 40an. Antara inspirasi rekaan termasuklah pakaian yang lebih mesra kepada wuduk dan solat. Ditubuhkan pada November 2013 ini ImaanBoutique juga mempunyai kedai yang terletak di The Strand Kota Damansara.


Cara Bayaran
Ipay88 dan Paypal

10. Poplook
Website : poplook.com
Mobile Apps :  Google Play dan Apps Store



Telah ditubuhkan pada 2009 merupakan antara laman web online shopping terawal di Malaysia yang berpengalaman menawarkan lebih 1500 rekaan pakaian dengan memberi kepuasan pada golongan wanita khususnya. Rekaan terdiri daripada pakaian, tudung,beg tangan, kasut dan juga untuk kanak-kanak. Juga terkenal dikalangan selebriti, bloggers dan instagramers. Poplook sudah memiliki 3 kedai untuk dikunjungi yang terletak di Setia City Mall, The Curve dan Sogo.

Cara bayaran
Ipay88 dan Paypal 


11. Naelofarhijab
Website : naelofarhijab.com
Mobile Apps : Tiada



Description

Siapa tidak mengenali selebriti Neloofa yang menggunakan nama sendiri sebagai jenama beliau, Sangat meminati dunia fasyen Neloofa telah melancar jenama produk tudung sendiri Naelofar Hijab pada tahun 2014 dan sudah mempunyai 100 stokis di seluruh Malaysia. Tidak berhenti disitu dia telah menambah 2 label produk iaitu Naelofar Abaya serta stylish abayas dan Lofalens

Cara Bayaran
Paypal, Credit Card dan Online Transfer


12. Shawlpublika
Website : www.shawlpublika.com
Mobile Apps : Tiada



Description
Shawlpublika yang mengetengah rekaan baju kurung yang diperbuat daripada Indian Sari. Ditubuhkan pada 2014 oleh sepasang suami isteri yang sangat bersemangat dan berdidikasi terhadap rekaan dunia fesyen serta hasil rekaan yang berkualiti tinggi dan bergaya. Antara pakaian yang ditawarkan seperti baju kurung dan Baju Kurta untuk lelaki.

Cara Bayaran
Ipay88 dan Paypal

13. Lilypetuna
Website : lilypetuna.com
Mobile Apps : Tiada



Description
LilyPetuna adalah butik online fesyen terkini dan unik untuk citarasa tempatan dan serata dunia. Bermula pada tahun 2015 dan sekarang Lilypetuna sudah memiliki pasaran di serata Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Cara Bayaran
Debit/Credit dan Online Banking


14. Minimalace
Website : minimalace.com
Mobile Apps :


Description
Minimalace adalah moden jenama fesyen yang berpusat di Shah Alam yang diasakan oleh Fatin Liana and Co. Berkonsepkan dengan citarasa anak muda masa kini dan sangat simple Minimalace menggunakan material yang berkualiti untuk menghasilkan pakaian yang mengikut citarasa pembeli. Selain dari baju kurung Minimalace juga menawarkan Shawl, Dress dan Blaus


Cara Bayaran
Ipay88, Online Banking, Credit Card dan Paypal





Friday, May 3, 2019

Tips untuk pulang ke kampung


Sumber dari Youtube


Sudah menjadi kebiasaan pada musim cuti dan perayaan perantau-perantau kota akan pulang ke kampung halaman. Satu lagi kebiasaan orang akan pulang ke kampung adalah untuk menyambut Awal Ramadan bersama ibu dan ayah. Ini adalah beberapa tips persedian dikongsi sebelum kita pulang ke kampung

1 - Pastikan semua tingkap dan pintu rumah dikunci

Sumber dari Google


2 - Suis dan alatan elektrik ditutup

Sumber The Telegraph


3 - Servis kenderaan

Sumber dari Youtube


4 - Pastikan rehat yang cukup untuk pemandu

Sumber dari Maskulin Website


5 - Buang sampah

Sumber Dari Google


6 - Maklum pada jiran

Sumber dari Shutterstock.com


7 - Membaca doa untuk keselamatan rumah dan perjalanan

Sumber dari Google



Nombor telefon untuk kecemasan

Hotline Polis 03-2115 9999
POLICE / Ambulans / Bomba 999
Bateri Kenderaan Century   (1800-22-88-37)
Karak Hotline (Karak Highway) 03-91732020
PLUSLine (North South Expressway) 1800-88-0000
LPT  - 03-61951111




Wednesday, April 24, 2019

Tempat makan santai menarik di Rawang



KabinnRia @ Rawang ini menawarkan tempat yang menarik dan santai untuk melepak dan berborak  sambil menikmati permandangan serta makanan yang menarik. Kedai makan yang berkonsepkan dari kabin kontena ini dibina dan direka berlandaskan cita rasa masa kini. Selain dari permandangan outdoor yang cool dan mempersonakan ini ruang tempat makan berhawa dingin juga disediakan.





Menu
Berkonsepkan masakan melayu dan barat dengan harga yang berpatutan. Kebiasaan nya pada sebelah malam terdapat ramai pengunjung lebih untuk gemar order makanan barat seperti Chicken Chop, Spagetti dan sebagainya.



Menu Kategori
Breakfast
Western Dishes 
Burgers
Spagetti
Lunch Special
Sandwiches
Noodles
Snek/Side Dishes






Lokasi
Terletak di sebelah kiri jalan sekiranya anda datang daripada exit Tol Rawang ataupun Bandar rawang dan lokasinya sebelum Jusco Anggun. Kedudukannya ditepi jalan memudahkan pelanggan menjumpai kedai makan KabinnRia ini.





Tuesday, April 16, 2019

Nasi Kandar Deen Maju Penang


Sumber diambil dari www.worldofbuzz.com


Kalau ampa sampai ke Penang memang tak sah menu yang paling femes untuk dimakan adalah Nasi Kandar. Menurut sejarah yang dipetik dari Wikipedia nasi kandar adalah makanan popular di utara Malaysia yang pada asal datang dari pedagang India. Perkataan Kandar juga dimaksudkan penjual pada zaman dahulu meletakkan nasi kandar diatas bahu menggunakan sebatang kayu untuk mengimbangi nasi dan lauk. Menu dan lauk pada ketika itu pun bukannya seperti sekarang dengan ayam, udang,sotong daging dan sebagainya. Hanya telur rebus dan ikan.



Ok berbalik pada Deen Maju nasi Kandar. Terletak di Jalan Gurdwara Georgetown boleh dikatakan tengah-tengah bandar ianya amat senang untuk dicari (Pakai waze or google map). Waktu operasi kedai ini pula dari 2.30 petang hingga 11 malam. Parking pun boleh letak seberang jalan depan kedai makan ni. Siap ada RELA lagi jaga parking tu, dan yang paling penting anda tidak perlu untuk bayar parking.



Gambar memang saja nak tunjuk ayam goreng dia yang sedap



Apa yang membezakan dan paling menarik adalah ayam goreng berempah kedai nasi kandar Deen Maju ni. Sangat terasa rempah yang diperap sehingga ke dalam isi ayam. Sambil menulis pun duk tertelan air liur bila teringat balik. Sedap bak hang.!!! Kuah campoq memang terbaik. rasa yang cukup pedas ada bersama-sama rempah ratus dia. Menang tidak rugi pun kalau makan.





Nasi kandar sedap kat Penang ni masalah yang paling besar sekali adalah kena beratur sebelum ambil makanan. Mencabar minda betul. Terutama hujung minggu atau musim cuti sekolah. Kalau tengok gambar yang diambil tu siap terputus lagi barisan beratur tu sebab nak elak panas.

Akhir sekali. Sebagai peminat nasi kandar yang sangat ketegaq ni. sangatlah dialu-alu kan untuk anda dan sekalian umat manusia mencuba. Sangat tidak rugi. Hingga menjilat jari dan akan mai lagi. Tudia baqhang!!!


*Maaf gambaq nasik tak berapa nak cun. lapaq sangat tak dan nak amik yang baek punya

Sunday, April 14, 2019

Facebook, Instagram dan Whatsapp Problem



Gambar diambil dari laman web https://timesofoman.com/article/1133935/Technology/Facebook-Instagram-and-Whatsapp-gone-down-in-several-countries



Pengguna media Sosial seperti Facebook dan Instagram mengalami gangguan servis buat kali kedua dalam tempoh sebulan. Tidak terlepas daripada gangguan ini adalah whatsapp. Facebook yang memiliki 2.3 bilion active user setakat Disember 2018 manakala Instagram memiliki pengguna mencecah 1 bilion setakat Jun 2018 dan Whatsapp pula mempunyai 1.5 bilion pengguna yang aktif.

Boleh dikatakan ketiga-tiga perisian popular untuk sosial media dan menghantar mesej sangat penting terutama whatsapp bagi penduduk di dunia ini berhubung. Pada sebulan lepas gangguan itu berpunca dari masalah teknikal pada bahagian server mereka. Sehingga setakat ini masih belum ada pernyataan rasmi berkenaan pada gangguan terbaru ini.

Betapa pentingnya penggunaan servis ini yang bukannya hanya digunakan untuk bersosial di alam maya malah juga untuk business atau perniagaan. Malah kini ada yang menggunaan untuk membuat live seperti bola sepak dan sesuatu event.