Wednesday, September 29, 2010

Pokok Cili the making

Mula-Mula semai dalam pasu..gua tabur camtu je...pastu siram hari-hari...biasa nya siram pagi dan petang...pasti pokok ni minum dengan cukup...

Ni lah pokok cili yang mula bercambah...si anak kecil...
Untuk fasa 1 projek tanaman ni..gua cuba untuk sepaket je dulu...tapi ada jugak semai dari biji cili terus yang mak gua bagi...nak wat perbandingan la konon nya yang mana cepat membesar....

tapi sebelum tu mari kita ambik tau serba skit pasal cili ni....biasa nya terdapat beberapa jenis cili tapi yang biasa di tanam adalah Kulai   atau Boris 15, MC4, MC5, MC11 dan MCI2  dan yang gua tanam tak ingat la spesis ape..rase nye jenis Hibrid F1                           

Ok gua sedia kan serba sedikit info pasal jenis cili ni..

MC 11
Varieti jenis in mempunyai ketinggian pokok 80-110 cm dan panjang buah 8 hingga 10cm dan berat bari sebiji buah dianggarkan 7 hingga 10 gram


MC 12
Mempunya ketinggian pokok 60 hingga 80 cm dan panjang buah pula 10-13 cm

hybrid F1 469
Varieti Jenis ni macam seronok je hasil die...180 biji sepokok dengan ketinggian pokok hanya 35 cm


hybrid 833
Ketinggian pokok 2 hingga 6 kaki hasil die tak pasti..nanti gua update..


S469
Cili ini amat pedas dan besar mencecah 20 cm tapi kurang di gemari orang.Tak plak gua sebab ape.mungkin sebab pedas kot...

568
kurang pedas mempunyai saiz dan rupa sama seperti varieti kulai

Kulai tempatan
Gua dapat info yang varieri ini sesuai ditanam secara komersial kerana lebih pedas dan mudah dihancurkan untuk buat sambal belacan nyam....nyam...

hybrid 568
Untuk Hasil yang pertama kali ianya mengeluarkan hasil 40 higga 90 biji dengan setiap pokok menghasilkan 2 kilo itu macam la.Pokok dia ni lebih kurang 4 kaki la buah kurang pedas mungkin sesuai dimakan untuk orang yang kurang makan pedas kot.


Setelah lebih kurang sebulan menyemai dalam pasu gua pindah kan terus ke dalam poli beg...nak kena beli tanah jugak la sebab tanah belakang rumah tu tak berapa nak elok sangat dengan banyak serangga lagi so gua decide nak beli tanah asing la untuk tanam dalam poli beg...gua beli tanah + tanah baja dan digaul sekali...

Anak pokok cili merah yang berumur lebih kurang sebulan dipindah kan kedalam poli beg
dalam beg hitam tu ade tersesat pokok terung rasenye...ntah macam mana bleh ade dalam biji benih cili tu..

Monday, September 27, 2010

Projek Tanaman

Projek tanaman kecilan belakang rumahan ni bermula pada tanggal 13 Julai 2010 dimana lebih sebulan lepas gua kawen...Gua saje terjebak dalam benda ni mungkin sebab rase balik dari honeymoon kt cameroon kot...hahaha...tp sebelum ni dah penah tanam..mase zaman sekolah dulu...memang cukup syahdu la kalau layan hobi dengan bertani ni..gua rasa orang yang cintakan kehijauan saje yang minat kot...hehe..

Ni gambar hiasan gua amik mase pi cameroon aritu...

Gua start dengan fasa 1 untuk projek kat belakang umah ni...ade 3 jenis tanaman gua tanam...

1 - Cili Merah
2 - Tomato Ceri
3 - Cili Padi

Benih die gua beli dekat pasaraya dengan kedai hardware...lebih kurang dalam rm2.50 sepeket rase nye...

ini lah laman belakang rumah gua yang disusun dengan pasu dan poli beg
ni sebahagian lagi poli beg dan pasu..aku saje tanam dalam poli beg sebab malas nak tebas semak untuk buat batas