Ni lah pokok cili yang mula bercambah...si anak kecil... |
tapi sebelum tu mari kita ambik tau serba skit pasal cili ni....biasa nya terdapat beberapa jenis cili tapi yang biasa di tanam adalah Kulai atau Boris 15, MC4, MC5, MC11 dan MCI2 dan yang gua tanam tak ingat la spesis ape..rase nye jenis Hibrid F1
Ok gua sedia kan serba sedikit info pasal jenis cili ni..
MC 11
Varieti jenis in mempunyai ketinggian pokok 80-110 cm dan panjang buah 8 hingga 10cm dan berat bari sebiji buah dianggarkan 7 hingga 10 gram
MC 12
Mempunya ketinggian pokok 60 hingga 80 cm dan panjang buah pula 10-13 cm
hybrid F1 469
Varieti Jenis ni macam seronok je hasil die...180 biji sepokok dengan ketinggian pokok hanya 35 cm
hybrid 833
Ketinggian pokok 2 hingga 6 kaki hasil die tak pasti..nanti gua update..
S469
Cili ini amat pedas dan besar mencecah 20 cm tapi kurang di gemari orang.Tak plak gua sebab ape.mungkin sebab pedas kot...
568
kurang pedas mempunyai saiz dan rupa sama seperti varieti kulai
Kulai tempatan
Gua dapat info yang varieri ini sesuai ditanam secara komersial kerana lebih pedas dan mudah dihancurkan untuk buat sambal belacan nyam....nyam...
hybrid 568
Untuk Hasil yang pertama kali ianya mengeluarkan hasil 40 higga 90 biji dengan setiap pokok menghasilkan 2 kilo itu macam la.Pokok dia ni lebih kurang 4 kaki la buah kurang pedas mungkin sesuai dimakan untuk orang yang kurang makan pedas kot.
Setelah lebih kurang sebulan menyemai dalam pasu gua pindah kan terus ke dalam poli beg...nak kena beli tanah jugak la sebab tanah belakang rumah tu tak berapa nak elok sangat dengan banyak serangga lagi so gua decide nak beli tanah asing la untuk tanam dalam poli beg...gua beli tanah + tanah baja dan digaul sekali...
Anak pokok cili merah yang berumur lebih kurang sebulan dipindah kan kedalam poli beg |
dalam beg hitam tu ade tersesat pokok terung rasenye...ntah macam mana bleh ade dalam biji benih cili tu.. |
No comments:
Post a Comment