Wednesday, April 24, 2019

Tempat makan santai menarik di Rawang



KabinnRia @ Rawang ini menawarkan tempat yang menarik dan santai untuk melepak dan berborak  sambil menikmati permandangan serta makanan yang menarik. Kedai makan yang berkonsepkan dari kabin kontena ini dibina dan direka berlandaskan cita rasa masa kini. Selain dari permandangan outdoor yang cool dan mempersonakan ini ruang tempat makan berhawa dingin juga disediakan.





Menu
Berkonsepkan masakan melayu dan barat dengan harga yang berpatutan. Kebiasaan nya pada sebelah malam terdapat ramai pengunjung lebih untuk gemar order makanan barat seperti Chicken Chop, Spagetti dan sebagainya.



Menu Kategori
Breakfast
Western Dishes 
Burgers
Spagetti
Lunch Special
Sandwiches
Noodles
Snek/Side Dishes






Lokasi
Terletak di sebelah kiri jalan sekiranya anda datang daripada exit Tol Rawang ataupun Bandar rawang dan lokasinya sebelum Jusco Anggun. Kedudukannya ditepi jalan memudahkan pelanggan menjumpai kedai makan KabinnRia ini.





Tuesday, April 16, 2019

Nasi Kandar Deen Maju Penang


Sumber diambil dari www.worldofbuzz.com


Kalau ampa sampai ke Penang memang tak sah menu yang paling femes untuk dimakan adalah Nasi Kandar. Menurut sejarah yang dipetik dari Wikipedia nasi kandar adalah makanan popular di utara Malaysia yang pada asal datang dari pedagang India. Perkataan Kandar juga dimaksudkan penjual pada zaman dahulu meletakkan nasi kandar diatas bahu menggunakan sebatang kayu untuk mengimbangi nasi dan lauk. Menu dan lauk pada ketika itu pun bukannya seperti sekarang dengan ayam, udang,sotong daging dan sebagainya. Hanya telur rebus dan ikan.



Ok berbalik pada Deen Maju nasi Kandar. Terletak di Jalan Gurdwara Georgetown boleh dikatakan tengah-tengah bandar ianya amat senang untuk dicari (Pakai waze or google map). Waktu operasi kedai ini pula dari 2.30 petang hingga 11 malam. Parking pun boleh letak seberang jalan depan kedai makan ni. Siap ada RELA lagi jaga parking tu, dan yang paling penting anda tidak perlu untuk bayar parking.



Gambar memang saja nak tunjuk ayam goreng dia yang sedap



Apa yang membezakan dan paling menarik adalah ayam goreng berempah kedai nasi kandar Deen Maju ni. Sangat terasa rempah yang diperap sehingga ke dalam isi ayam. Sambil menulis pun duk tertelan air liur bila teringat balik. Sedap bak hang.!!! Kuah campoq memang terbaik. rasa yang cukup pedas ada bersama-sama rempah ratus dia. Menang tidak rugi pun kalau makan.





Nasi kandar sedap kat Penang ni masalah yang paling besar sekali adalah kena beratur sebelum ambil makanan. Mencabar minda betul. Terutama hujung minggu atau musim cuti sekolah. Kalau tengok gambar yang diambil tu siap terputus lagi barisan beratur tu sebab nak elak panas.

Akhir sekali. Sebagai peminat nasi kandar yang sangat ketegaq ni. sangatlah dialu-alu kan untuk anda dan sekalian umat manusia mencuba. Sangat tidak rugi. Hingga menjilat jari dan akan mai lagi. Tudia baqhang!!!


*Maaf gambaq nasik tak berapa nak cun. lapaq sangat tak dan nak amik yang baek punya

Sunday, April 14, 2019

Facebook, Instagram dan Whatsapp Problem



Gambar diambil dari laman web https://timesofoman.com/article/1133935/Technology/Facebook-Instagram-and-Whatsapp-gone-down-in-several-countries



Pengguna media Sosial seperti Facebook dan Instagram mengalami gangguan servis buat kali kedua dalam tempoh sebulan. Tidak terlepas daripada gangguan ini adalah whatsapp. Facebook yang memiliki 2.3 bilion active user setakat Disember 2018 manakala Instagram memiliki pengguna mencecah 1 bilion setakat Jun 2018 dan Whatsapp pula mempunyai 1.5 bilion pengguna yang aktif.

Boleh dikatakan ketiga-tiga perisian popular untuk sosial media dan menghantar mesej sangat penting terutama whatsapp bagi penduduk di dunia ini berhubung. Pada sebulan lepas gangguan itu berpunca dari masalah teknikal pada bahagian server mereka. Sehingga setakat ini masih belum ada pernyataan rasmi berkenaan pada gangguan terbaru ini.

Betapa pentingnya penggunaan servis ini yang bukannya hanya digunakan untuk bersosial di alam maya malah juga untuk business atau perniagaan. Malah kini ada yang menggunaan untuk membuat live seperti bola sepak dan sesuatu event.