Dah lama tak dapat serangan virus ni...bile sekali kene adehhhh...meleleh je kt hidung. Gua ingat malas nak gi keje...tp nak ambik MC tu lg kuar duit...so pegi jela...Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk..macam negara kita malaysia tercinta ni memang selalu boleh kena la..
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. So bile kita kene virus ni asik bersin je la jawab nya. Cara merebak adalah dari kawan-kawan sekeliling melalui udara bila kita bercakap, bersin batuk atau bernafas.. dan lagi satu dengan tangan..orang yang di jangkiti virus ni memang tangan die duk ada virus tu...hahaha..p/s jangan salam ngan orang yg ade jangkitan virus selsema ni..
Tanda-tanda terkena jangkitan
- -Hidung berair - memang cukup tak indah kalau benda ni terjadi amat lah rimas sekali
- - Tekak kering - rasa nak telan air liur pun siksa sebab tekak dah perit nak tahan sakit
- -Hidung berair - hingus mula keluar dalam hidup
- -Batuk - batuk kering atau kahak
- -Suara parau - suara kasar dan parau disebabkan peti suara membengkak
Jangka masa
Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.
Risiko
Bagi Mereka yang mempunyai pertahanan tubuh yang tak kuat berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk tapi gua memang jarang kena ni..mungkin sebab musim demam ni rasanya. Ini termasuklah mereka yang:
- • Kekurangan zat makanan.
- • Letih dan berasa tidak sihat
- • Susah hati. <-- ini pun boleh ka ??
- • Warga tua.
golongan tua amat mudah terkena deman selsema. so bile tua nanti berjaga jaga lah.. |
Pencegahan
Petua untuk mencegah deman selsema..so mari kita share sama-sama
• Basuh la tangan tu dulu sebelum nak wat apa-apa kerana tangan ni kita pegang macam-macam
•sentiasa lah tutup mulut ketika batuk atau bersin kerana jangan jadi penyebar virus ni.Kalau kita dah kena tak kan nak bg orang lain pun kena
• Lap la hidung yang berhingus tu dengan tisu pakai buang kerana tidak mengotor kan tangan.
• jangan dekati dengan orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin.
• Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
• Makanlah makanan yang seimbang.
• Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
• Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
• Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
• Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.
buat jeruk
ReplyDeleteWhat is the casino? - SEPT
ReplyDeleteThe best casino online 메이저 토토 사이트 is septcasino the One of the main reasons why people are spending money on a game is septcasino.com by febcasino having a few options. One of the https://jancasino.com/review/merit-casino/ reasons