Monday, December 13, 2010

Hasil Home garden

Untuk entry kali ini gua nak bercerita tentang hasil dari home garden gua....perghh...suke....suke?? Apa yang gua telah tanam bermula dengan tomato ceri , tomato biasa , cili merah , cili padi dan lain-lain...ceh cam banyak je tulis dan lain-lain tu...hehehe

Apa yang gua cuba paparkan adalah hasil yang tidak seberapa dari tanaman gua..namum gua tetap bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Nya...amin.... ini kerana apa yang gua buat bukan la secara komersial tapi hanya untuk mencari kenangan masa muda...hidup ini sangat singkat...ewahhh....

Ok...kita mulakan dengan pokok cili merah....setelah 4 bulan menanam dengan menempuh pelbagai kesukaran dan dugaan sebanyak 13 pokok cili merah membuahkan hasil...hasil nya tidak la membanggakan tapi cukup untuk bersyukur...sebanyak 40 biji buah berjaya masak hingga merah...namun apa yang menyedihkan adalah lebih dari 10 biji rosak akibat dimakan ulat buah..uwaaaa...sedih nye...tapi sabar je.....Diharap untuk pusingan kedua pokok cili ini dapat membuahkan hasil yang lebih selepas di bubuh cecair kawalan serangga...

Ni gambar antara cili merah yang diambil

Cili merah yang baru di petik..hanya 4 biji..tapi besau jugak la...hehehe
Ini pula cili yang masih belum dipetik...cili yang agak kurus..hehe

Hanya 2 biji yang masak pada masa gambar diambil...gua rase ini cili paling gemok...


OK!! Selepas cili merah gua mau cerita pasal tomato ceri pula...pada entry yang lepas ada gua cerita kan tentang pokok tomato gua yang sudah mati selepas diserang...kalau ada masa gua akan cerita ape sebab ianya diserang...Cuma kat sini gua mau cerita pasal hasil tomato ceri yang tinggal..hehe...sebelum dia mati dia ada meninggal kan hasil...fuhhh...sedih je ayat die...

Sebahagian hasil tomato ceri di tapak tangan gua..hehe

Untuk pokok yang mati gua sempat la amik buah dia...tapi memang kecewa sangat sebab pokok yang mati tu bunga dia banyak sangat...pastu buah yang keluar tu memang terbaik...Punca die gua servey kt tenet ni adalah sebab Bacterial Wilt yang menyerang....benda ni memang adalah serangan yang hanya menyerang pokok tomato..pokok akan jadi layu secara tiba-tiba lalu ianya mati...

Tomato ceri yang dipetik dari pokok yang tiba-tiba mati...

Cuba Tanaman Baru

Inilah rupa kubis bulat...tapi ni bukan gua tanam....hehehe...gambar hiasan je




Selepas mencuba tanaman cili, tomato dan tomato ceri..gua telah mencuba tanaman baru lagi...Antara nya kubis bulat dan bendi...Saje nak try tanaman lain plak....

Apa yang gua baca kubis bulat ni berasal dari keluarga brassica...nama sainstifin dia brassica oleracea...tudia...untuk bahagian perubatan die berkesan untuk merawat penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus.


Kat home garden gua try la tanam kubis bulat ni..harap-harap menjadi la...lepas semai dalam pasu merah empat segi tu gua pindah kan dalam pasu kecil..sebab gua pindahkan senang nak jaga...lagi pun untuk ruang pokok membesar..lagi pun ni baru peringkat percubaan untuk pokok kubis bulat ni.... kalau terus masukan dalam poli beg besar rugi plak...gua ade tanam seblom ni...tapi tak menjadi...maknanya ni sudah masuk 3 kali mencuba....harap-harap menjadi la ye....hehehe



Masa gambar diambil baru ada 2 hingga 3 daun pada setiap pokok...harap-harap dia akan terus naik dan berkembang besar..Memang agak sukar jugak la nak jaga die...


 Bendi berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran yang berlendir.  Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng.  Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.Lepas ni boleh la gua minum air biji bendi...hehehe...ntah ape la rasenye kan....


Ini adalah antara pokok bendi yang ditanam dalam poli beg..


Apa yang gua baca dalam internet bendi ni susah untuk diserang penyakit..ermm..tapi ade jugak yang menyerang nya,...biasala tempat gua ni dah penuh dengan pelbagai serangga perosak..


Lagi pokok bendi yang ditanam dalam poli beg...


Tapi hasil kacang bendi gua agak kurang memuaskan..bendi nya agak kontot...dan gemok...adehhh....ntah ape la kurang nya disitu....mak gua cakap hasil nya boleh dipetik kalau kite boleh patah kan ekor kt buah kacang bendi ni..macam juga la orang membeli nya di pasar kalau nak tengok bendi tu elok ke tidak..


Pokok bendi yang ditanam diatas tanah tanpa poli beg....


Ini pula pucuk bendi beserta buah bendi  yang akan keluar......

Friday, November 26, 2010

Serangan pada pokok

Gua tak tau sbb pe yang pokok tomato ceri mati....kalau nak dikatakan tak cukup siram pagi dan petang memang gua siram...kalau nak ckp tak cukup baja die mesti kuning dulu...tau-tau je pokok terus layu macam kita potong akar die...

Memang kecewa sangat-sangat la...mane tak nye ari-ari duk ngadap benda ni tau2 mati tanpa sebab...apa yang bermain difikiran gua ni mesti ade serangga yang attack pokok ni...memang die tak bagi peluang langsung...terus mati je pokok...

Yang terbaru pokok paling lebat dan banyak bunga ngn buah die...abis mati...kecewa beb...adehhh..dugaan tanam pokok la ni...gua masih la duk siasat ape la punca dia....


Baru je semalam tengok menghijau tapi ari ni terus layu...
Memang layu terus..
Antara pokok lain yang layu...abehhh sume...

Pokok ni saje gua biar dengan harapan boleh hidup semula...tapi.....

Tuesday, November 23, 2010

Tomato ceri terkini

Ini pula gua mau cerita pasal tomato ceri yang terkini skali..dimana tomato ceri gua dah mula mengeluar kan buah serta mula masak....memang sedap mata memandang...pokok tomato ceri ni agak tinggi dan memerlukan kayu penyokong untuk berdiri tegak.....kalau takda kayu sokong ketanah jua la jawab nya.....gua perlu membeli kayu penyokong dengan harga rm2.50 sebatang...mahal jugak la.....

Bunga pokok tomato ceri berwarna kuning


Diikuti dengan buah selepas ianya berbunga

Buah tomato yang masak akan kelihatan warna merah
Buah tomato ceri diambil pada waktu malam

Tomato ceri mempunyai size yang lebih kecil dari tomato biasa

Cili Merah terkini

Lama jugak gua tak update home garden ni...Dari pokok cili kepada pokok tomato ceri bersama tomato biasa...sudah lama menunggu...akhirnya hasilnya sudah dapat kurasa kan...walaupun tak banyak tapi sudah cukup untuk merasa penat lelah sendiri...cewahh.....


Tapi bagi post yang ni gua fokus untuk pokok cili merah gua...semua nya gua tanam sebanyak 22 pokok..susah jugak nak maintain sbb selalu kena serangan serangga perosak...sabo je la kalau nak jadi petani ni...hehehe...dugaan la katakan....


Cili merah yang sedang berbuah


Jari jemari diantara cili yang merah menyala
Cili yang belum masak


Pokok cili gua yang telah berbuah tapi tak la lebat sgt...

Tuesday, November 9, 2010

Bus mewah

Apabila kita dihantar untuk kerja outstation sudah semestinya kita perlu untuk ditaja sepenuhnya..xkan nak buat kerja company pun nak pakai duit sendiri....memang shilake la company tu...Gua telah dihantar ke Penang untuk outstation...dari situ gua dapat la rase Hotel 3 bintang....Sunway Hotel dekat penang....memang terbaik la bagi gua setakat ni...slalu dapat menginap dekat rumah tumpangan dan hotel murah saja....tu kalau pakai duit sendiri la...

Untuk transport pun gua memang nak naik yang best je...hehe..kata company support...teringin nak naik flight...tp akan daya gua bukan manager level...hanya manager saja boleh naik flight...tp kalau naik bus pun gua bantai yang high class la...pe lagi...memang menangkap la....tambang nye boleh tahan jugak la..kalau per trip dari penang pi KL dalam rm 75 camtu la...gua amik bus NICE...so NICE la...hehehe....Dalam perjalanan tu dorg ade bg makan...pastu setiap seat ade LCD kecik untuk kita tonton channel ape yang nak..tp ade dalam 5 channel saje...Tp ingt!! bukan Astro la..hahaha...ni just dorang play cd then kita pilih la nak cite ape...


Lapang dan selesa



Siap ada Screen LCD lagi untuk tengok movie




Set makanan yang disediakan                      

Monday, November 8, 2010

Tidak perlu bodek untuk perlu mendapatkan tempat....

Article kali ini gua buat berdasarkan comment B. Sathianathan dalam akhbar...gua cukup suke ngn statement beliau tu..."Dalam bola sepak, kita tidak perlu bodek orang untuk mendapat tempat, sebaliknya untuk memaju- kan sukan ini, kita kena berterus terang,"
Jurulatih yang lantang bersuara..

Menang betul pun statement beliau tu...xyah la kita nak bodek untuk dapatkan sesuatu benda...biar orang nilai kita melalui kemampuan kita sendiri...dia juga masih mengkritik tahap profesional liga malaysia ni yang masih di tahap bawah...memang amat malu juga la nak mengaku liga bola sepak kita ni profesional...banyak lagi yang perlu di perbaiki terutama dari segi pengurusan pasukan yang amat teruk...yang paling ketara adalah campur tangan politik dalam sukan...memang f**k gile la benda ni...tu pasal gua benci politik nih!!...
Tak perlu campur aduk politik dalam sukan..

Politik ni bukan setakat ada dalam sukan malah berlaku di sekeliling kita...kt opis pun ada jugak politik ...memang cipan la benda ni...tu la sebab ramai orang cakap kalau nak berjaya kena pndai politik skit tak kira dalam apa yang kita buat...bodek ni pun salah satu daripadanya la...

Kenapa kita tak boleh tonjolkan kemampuan dan kebolehan sendiri...tanpa perlu menggunakan taktik bodoh untuk berjaya...

Berbalik pada B.sathianathan...pada gua dia ni sebenarnya bagus kalau nak manage team kebanggsaan..cuma emosi kena jaga...kalau ikutkan pada statement yang dia kuarkan masa kalah kepada UAE dulu  Liga Malaysia dengan mengatakan liga itu bukan bola sepak sebenar time tu memang die hangin gile kalah 5-0 ngn UAE...hahaha..tak leh control diri la time tu..

Tahap bola sepak negara masih di tahap lama..
Walaubagaimana pun pencapaian Sathia dalam menjulang Piala Malaysia untuk Kelantan adalah satu bukti yang menunjukan dia masih antara jurulatih terbaik...Apa pun pilihan gua tetap Azrai khor iaitu bekas jurulatih kedah untuk season 2007-2008...hahaha

Pencapaian Sathia Sebagai jurulatih

  • Juara Pestabola Merdeka 2007
  • Naib Juara Pesta Bola Merdeka 2008
  • Naib Juara Piala Malaysia 2009 (Kelantan)
  • Naib Juara Liga Super 2010 (Kelantan)
  • Juara Piala Malaysia 2010 (Kelantan)

Tuesday, November 2, 2010

Staff tidak kekal...


Dalam sesuatu company kelancaran dan keuntungan terletak pada staff..ini adalah kerana staff adalah tulang belakang bagi sesuatu operasi company...tanpa staff mungkin agak lambat bg company untuk mencapai keuntungan....kita juga pernah dengar company yang di usaha hanya dengan tenaga owner...tp hanya dalam skop kerja yang kecil dan company yang kecil.....memang agak mustahil untuk mereka berjaya dengan hanya kerja seorang diri....

Dalam hal ini kepentingan dan kebajikan staff perlulah dijaga...mereka perlu dihargai....jangan lah bila mau berenti baru lah nak naikan gaji...kalau mereka tak berenti...bermakna gaji mereka hanya kekal hingga bila-bila..ini seperti mereka tidak dihargai...

Majikan tidak boleh memilih warna kulit dalam tahap level gaji...


Isu gaji paling banyak sekali timbul dalam sesuatu pertubuhan syarikat...kadang kali gaji dibayar lewat..elaun tidak dibayar...elaun tertangguh...kenapa ini berlaku??? Management company perlu peka terhadap masalah ini dimana mood dan prestasi staff akan menurun sekiranya perkara ini berlaku...kalau di tempat gua sendiri pun masalah ini berlaku...apa yang gua pelik kenapa pekerja tidak dihargai?? Mengapa owner company menggunakan stail kalau nak berenti just go on jela...kita cari orang baru...Pala hotak makcik die....die tak pikir yang prestasi operasi akan terbantut....kalau mereka hire orang baru....mereka perlu sediakan training mak nenek la....di situ akan menyebabkan masa terbuang....

Dah berbakul staff kutuk dan menyumpah bos mereka...mesti tersedak-sedak...


Orang yang terdahulu ada potensi mereka abaikan...ini lah pemikiran tokeh-tokeh!! bodoh!! belajar saja tinggi...tapi bodoh bertingkat....apa yang gua kesalkan mengapa perlu ada perkauman dalam pengurusan level gaji...seperti orang melayu ni tak boleh dipercayai...bukan semua melayu begitu...di sini gua tidak lah ingin menyentuh tentang perkauman...tapi tindakan tokeh tu sendiri yang menyebabkan orang kita terasa....



Hanya tahun ini sudah beberapa orang yang berpotensi tinggi dalam company sudah cabut...apa yang gua tau ketika hendak hantar surat resign baru la nak counter offer...memang tawar hari la staff tu...kenapa perlu berenti baru mau naik gaji....

Staff perlulah mematuhi segala peraturan


Dalam hal yang lain pekerja juga perlu menjaga tingkah laku mereka...mungkin kepercayaan majikan itu sudah kurang adalah disebabkan oleh disiplin staff itu sendiri..itu tidak salah sekiranya staff itu tidak diberikan kenaikan gaji berdasarkan oleh disiplin dia...

Friday, October 29, 2010

Mengapa perlu menangguh kerja???


  1. Arghhh lambat lagi...
  2. Masa banyak lagi ni..
  3. Baru pukul berapa..relaks la dulu jap....
  4. Lepak jap lah...
  5. Ermmm.....nanti-nanti boleh buat....
  6. Malam masih muda...wat pe nak gopoh-gopoh...

Ini lah ayat yang kita sering keluarkan apabila kita mahu menangguh kerja....Mengapa perlu kita menangguh sesuatu kerja?? nape tak buat je awal-awal...

Perkara ni berlaku bukan saja pada kerja seharian malah pada solat 5 waktu kita..mesti nak tunggu sampai waktu nazak barulah nak solat...nazak disini bermaksud time nak abis dah...hehe..sebenarnya perkara-perkara yang kita selalu tangguh kan ini bermula dari zaman belajar..bile lecturer bg assignment dengan masa yang lama...mesti lagi 2,3 hari baru la nak anta....

Adakah perkara ni berlaku pada kaum melayu saja?? sebab kalau kita lihat bangsa lain akan wat keje secepat mungkin terutama kaum cina..ntah ler... mase gua belajar dulu penyakit tangguh kerja ni memang berlaku hampir semua kawan gua...last minit baru nak buat...kalau bersembang dengan member lain yang duk blaja pun mesti cite pasal wat keje last minit...ermmm...nape la penyakit ni tetap berlaku dimana-mana...

Solution nye kita perlu lawan sikit perasaan malas yang menguasai diri kita..cehh...pandai cakap kt org....diri sendiri?? tapi yang penting ubah la diri kita sendiri dulu..sape yang boleh ubah diri kita kalau bukan kita sendiri....

Thursday, October 28, 2010

Tanaman Daun Bawang



Daun bawang memang sedap kalau kita bubuh dalam sup..terutama ketika makan bihun sup....slurpp...hirup kuah dia....memang menangkap....sebelum tu kita cuba tengok apa asal usul dia dan khasiat yang ada pada daun bawang ni...


Merupakan sejenis tumbuhan herba dari genus Allium..apa itu Allium?? dia adalah adik beradik bawang la...Ada dua jenis daun bawang, aitu bawang bakung (allium fistulosum) Tudia nama saintifik die... atau bawang semprong / sibol dan bawang prei (allium porrum) atau leek. Yang pertama memiliki umbi kecil dengan daun bulat, panjang, dan berlubang seperti pipa.  Yang kedua tidak memiliki umbi dengan daun panjang, pipih berpelepah panjang, dan liat.

Bawang Daun berkhasiat untuk meredakan perut kembung, batuk, selsema, sesak nafas kerana flu, diuretik, diaforetik, sakit sendi dan anti radang; menghilangkan bengkak kerana bisul; serta menghilangkan sakit gigitan serangga. Ini adalah kerana kandungan daun bawang mengandungi saponin, tanin, dan minyak asiri

Kat rumah gua ade try untuk tanam daun bawang ni..selepas kenduri gua dalam bulan 6 itu hari banyak bawang merah yang baki dari kenduri dah keluar pucuk..so ape lagi gua tanam saja dalam pasu..hehehe naik jugak la...


tanamkan bawang merah yang dah keluar pucuk ni dalam tanah

ni adalah pasu kedua..
Tak sampai sebulan pun dia dah boleh naik macam ni



So memang sangat mudah tanam daun bawang ni...hanya perlu pastikan tanam dia sentiasa lembab..gua tak pernah pulak letak baja untuk tanah daun bawang ni..dia naik subur saja..

Wednesday, October 27, 2010

4G Project in Malaysia

Seperti yang kita tahu banyak provider internet wireless di Malaysia ni seperti Maxis wireless broadband, Celcom wireless broadband, Jaring wireless broadband, Izzi broadband dan lain-lain..Namum 4G adalah teknologi yang keempat bagi selular wireless standard.

Kita berbalik kepada sejarah perkembangan teknologi ini bermula dengan 1G pada 1981 yang terumus pada system analog dengan speed yang sangat rendah dan voice menjadi keutamaan ataupun dengan kata lain penghantaran voice atau suara dari satu telefon ke satu telefon menggunakan teknologi tanpa wayar...

Dengan generasi seterusnya 2G pula menggunakan isyarat digital dengan memperkenal kan data untuk Hp kite semua seperti sistem sms..maknanya sebelum ni mungkin tak boleh nak anta mesej kalau nak bagitau apa-apa hanya dengan telefon orang lain saja..xde mesej-mesej...system yang biasa kita dapat tau adalah GSM..mungkin secara tak sengaja kita pernah dengar dulu...


2G Wireless
Kebanyakan menggunakan digital mobile phones
Funginya termasuk lah:
- Phone calls
- Voice mail
- Menerima simple email messages

Speed: 10kb/sec
Masa untuk download  3min MP3:
31-41 min



Bagi generasi ketiga 3G pula kemajuan yang kita bleh capai dalam generasi ni pulak adalah kita dapat guna internet dalam hp, membuat video call dan menonton internet tv dalam hp..memang menarik dan teruja dengan teknologi ini..tapi gua sendiri pun tak abis lagi guna the 3rd generation ni..ketinggalan jugak la..hehehe


3G Wireless
Gabungan  mobile phone, laptop PC dan TV
Fungsinya:
- Phone calls/fax
- Global roaming
- Send/receive large email messages
- High-speed Web
Navigation/maps
Videoconferencing
- TV streaming
- Electronic agenda meeting reminder.

Speed: 144kb/sec-2mb/sec

Masa untuk download  3min MP3 :
11saat-1.5min




Jenis-Jenis Hp yang support 3G


Ini adalah contoh modem 3G yang disambung ke laptop untuk gune internet
 4G pula adalah latest punya teknologi bagi wireless..atau pun dikenali sebagai beyond 3G...Dengan teknologi 4G ni kita lagi akan enjoy dengan kualiti tinggi video streaming tak kira la kat mane kita ada ianya lebih bagus dari generasi sebelum ni..Dan apa yang gua carik info speed die boleh pergi sampai 100Mbps untuk outdoor dan 1Gbps untuk outdoor..perghhh laju gile..betul ke statement ni...




Ini adalah fungsi dan application yang cukup laju digunakan dalam 4G

  • Wireless Broadband Internet Access
  • MMS (Multimedia Messaging Service)
  • Video Chat
  • Mobile Television
  • HDTV (High Definition TV)
  • DVB (Digital Video Broadcasting)
  • Real Time Audio
  • High Speed Data Transfer






Apa yang paling best dari cerita di atas adalah gua dapat pergi bersama-untuk pasang project 4G di opis gua...terbaekk ilmu tu...walaupun skit lagi untuk masa ini tapi dapat la jugak tengok benda latest ni..


antena ni dipasang diatas bumbung untuk tembak signal dari tempat tinggi




manakala radio shelf bersama digital shelf diletakan dalam outboox ni.


pandangan dari dalam outdoor box dengan yang atas tu adalah radio shelf




Bawah sekali tu INC maybe untuk port connect ke Switch or monitoring port gua pun tak pasti..
kerja-kerja permasangan
lagi kerja permasangan
Rectifier juga dipasang untuk membekal power pada radio shelf dan juga inc beserta digital node shelf




Dapat juga gua rasa benda baru...kalau tak duk ikut teknologi kuno je...ilmu tu tak rugi beb kalau kita cari..untuk masa depan juga....sepanjang dua hari ni agak penat untuk install 4G ni..smpai balik lewat jugalah...tp xde OT pun..so agak shilake ini company...kedekut taik hidung masin..kalau ade rezeki memang gua nak blaja cara nak configure dalam die plak...perghhh..cerah mase depan...tapi kalau bab - bab pasang antena ni memang gua serender je..memang gayat...dan agak trauma ngn tempat tinggi..


Ok akhir sekali harap faham dengan info yang gua tulis ni.. Diharap kalau ade salah info ke jangan marah..tp tegur la untuk dikongsi bersama..ini pun hasil dari short research kat tenet...




Wokeh peace!!!!