Thursday, October 28, 2010

Tanaman Daun Bawang



Daun bawang memang sedap kalau kita bubuh dalam sup..terutama ketika makan bihun sup....slurpp...hirup kuah dia....memang menangkap....sebelum tu kita cuba tengok apa asal usul dia dan khasiat yang ada pada daun bawang ni...


Merupakan sejenis tumbuhan herba dari genus Allium..apa itu Allium?? dia adalah adik beradik bawang la...Ada dua jenis daun bawang, aitu bawang bakung (allium fistulosum) Tudia nama saintifik die... atau bawang semprong / sibol dan bawang prei (allium porrum) atau leek. Yang pertama memiliki umbi kecil dengan daun bulat, panjang, dan berlubang seperti pipa.  Yang kedua tidak memiliki umbi dengan daun panjang, pipih berpelepah panjang, dan liat.

Bawang Daun berkhasiat untuk meredakan perut kembung, batuk, selsema, sesak nafas kerana flu, diuretik, diaforetik, sakit sendi dan anti radang; menghilangkan bengkak kerana bisul; serta menghilangkan sakit gigitan serangga. Ini adalah kerana kandungan daun bawang mengandungi saponin, tanin, dan minyak asiri

Kat rumah gua ade try untuk tanam daun bawang ni..selepas kenduri gua dalam bulan 6 itu hari banyak bawang merah yang baki dari kenduri dah keluar pucuk..so ape lagi gua tanam saja dalam pasu..hehehe naik jugak la...


tanamkan bawang merah yang dah keluar pucuk ni dalam tanah

ni adalah pasu kedua..
Tak sampai sebulan pun dia dah boleh naik macam ni



So memang sangat mudah tanam daun bawang ni...hanya perlu pastikan tanam dia sentiasa lembab..gua tak pernah pulak letak baja untuk tanah daun bawang ni..dia naik subur saja..

No comments:

Post a Comment