Friday, October 29, 2010

Mengapa perlu menangguh kerja???


  1. Arghhh lambat lagi...
  2. Masa banyak lagi ni..
  3. Baru pukul berapa..relaks la dulu jap....
  4. Lepak jap lah...
  5. Ermmm.....nanti-nanti boleh buat....
  6. Malam masih muda...wat pe nak gopoh-gopoh...

Ini lah ayat yang kita sering keluarkan apabila kita mahu menangguh kerja....Mengapa perlu kita menangguh sesuatu kerja?? nape tak buat je awal-awal...

Perkara ni berlaku bukan saja pada kerja seharian malah pada solat 5 waktu kita..mesti nak tunggu sampai waktu nazak barulah nak solat...nazak disini bermaksud time nak abis dah...hehe..sebenarnya perkara-perkara yang kita selalu tangguh kan ini bermula dari zaman belajar..bile lecturer bg assignment dengan masa yang lama...mesti lagi 2,3 hari baru la nak anta....

Adakah perkara ni berlaku pada kaum melayu saja?? sebab kalau kita lihat bangsa lain akan wat keje secepat mungkin terutama kaum cina..ntah ler... mase gua belajar dulu penyakit tangguh kerja ni memang berlaku hampir semua kawan gua...last minit baru nak buat...kalau bersembang dengan member lain yang duk blaja pun mesti cite pasal wat keje last minit...ermmm...nape la penyakit ni tetap berlaku dimana-mana...

Solution nye kita perlu lawan sikit perasaan malas yang menguasai diri kita..cehh...pandai cakap kt org....diri sendiri?? tapi yang penting ubah la diri kita sendiri dulu..sape yang boleh ubah diri kita kalau bukan kita sendiri....

Thursday, October 28, 2010

Tanaman Daun Bawang



Daun bawang memang sedap kalau kita bubuh dalam sup..terutama ketika makan bihun sup....slurpp...hirup kuah dia....memang menangkap....sebelum tu kita cuba tengok apa asal usul dia dan khasiat yang ada pada daun bawang ni...


Merupakan sejenis tumbuhan herba dari genus Allium..apa itu Allium?? dia adalah adik beradik bawang la...Ada dua jenis daun bawang, aitu bawang bakung (allium fistulosum) Tudia nama saintifik die... atau bawang semprong / sibol dan bawang prei (allium porrum) atau leek. Yang pertama memiliki umbi kecil dengan daun bulat, panjang, dan berlubang seperti pipa.  Yang kedua tidak memiliki umbi dengan daun panjang, pipih berpelepah panjang, dan liat.

Bawang Daun berkhasiat untuk meredakan perut kembung, batuk, selsema, sesak nafas kerana flu, diuretik, diaforetik, sakit sendi dan anti radang; menghilangkan bengkak kerana bisul; serta menghilangkan sakit gigitan serangga. Ini adalah kerana kandungan daun bawang mengandungi saponin, tanin, dan minyak asiri

Kat rumah gua ade try untuk tanam daun bawang ni..selepas kenduri gua dalam bulan 6 itu hari banyak bawang merah yang baki dari kenduri dah keluar pucuk..so ape lagi gua tanam saja dalam pasu..hehehe naik jugak la...


tanamkan bawang merah yang dah keluar pucuk ni dalam tanah

ni adalah pasu kedua..
Tak sampai sebulan pun dia dah boleh naik macam ni



So memang sangat mudah tanam daun bawang ni...hanya perlu pastikan tanam dia sentiasa lembab..gua tak pernah pulak letak baja untuk tanah daun bawang ni..dia naik subur saja..

Wednesday, October 27, 2010

4G Project in Malaysia

Seperti yang kita tahu banyak provider internet wireless di Malaysia ni seperti Maxis wireless broadband, Celcom wireless broadband, Jaring wireless broadband, Izzi broadband dan lain-lain..Namum 4G adalah teknologi yang keempat bagi selular wireless standard.

Kita berbalik kepada sejarah perkembangan teknologi ini bermula dengan 1G pada 1981 yang terumus pada system analog dengan speed yang sangat rendah dan voice menjadi keutamaan ataupun dengan kata lain penghantaran voice atau suara dari satu telefon ke satu telefon menggunakan teknologi tanpa wayar...

Dengan generasi seterusnya 2G pula menggunakan isyarat digital dengan memperkenal kan data untuk Hp kite semua seperti sistem sms..maknanya sebelum ni mungkin tak boleh nak anta mesej kalau nak bagitau apa-apa hanya dengan telefon orang lain saja..xde mesej-mesej...system yang biasa kita dapat tau adalah GSM..mungkin secara tak sengaja kita pernah dengar dulu...


2G Wireless
Kebanyakan menggunakan digital mobile phones
Funginya termasuk lah:
- Phone calls
- Voice mail
- Menerima simple email messages

Speed: 10kb/sec
Masa untuk download  3min MP3:
31-41 min



Bagi generasi ketiga 3G pula kemajuan yang kita bleh capai dalam generasi ni pulak adalah kita dapat guna internet dalam hp, membuat video call dan menonton internet tv dalam hp..memang menarik dan teruja dengan teknologi ini..tapi gua sendiri pun tak abis lagi guna the 3rd generation ni..ketinggalan jugak la..hehehe


3G Wireless
Gabungan  mobile phone, laptop PC dan TV
Fungsinya:
- Phone calls/fax
- Global roaming
- Send/receive large email messages
- High-speed Web
Navigation/maps
Videoconferencing
- TV streaming
- Electronic agenda meeting reminder.

Speed: 144kb/sec-2mb/sec

Masa untuk download  3min MP3 :
11saat-1.5min




Jenis-Jenis Hp yang support 3G


Ini adalah contoh modem 3G yang disambung ke laptop untuk gune internet
 4G pula adalah latest punya teknologi bagi wireless..atau pun dikenali sebagai beyond 3G...Dengan teknologi 4G ni kita lagi akan enjoy dengan kualiti tinggi video streaming tak kira la kat mane kita ada ianya lebih bagus dari generasi sebelum ni..Dan apa yang gua carik info speed die boleh pergi sampai 100Mbps untuk outdoor dan 1Gbps untuk outdoor..perghhh laju gile..betul ke statement ni...




Ini adalah fungsi dan application yang cukup laju digunakan dalam 4G

  • Wireless Broadband Internet Access
  • MMS (Multimedia Messaging Service)
  • Video Chat
  • Mobile Television
  • HDTV (High Definition TV)
  • DVB (Digital Video Broadcasting)
  • Real Time Audio
  • High Speed Data Transfer






Apa yang paling best dari cerita di atas adalah gua dapat pergi bersama-untuk pasang project 4G di opis gua...terbaekk ilmu tu...walaupun skit lagi untuk masa ini tapi dapat la jugak tengok benda latest ni..


antena ni dipasang diatas bumbung untuk tembak signal dari tempat tinggi




manakala radio shelf bersama digital shelf diletakan dalam outboox ni.


pandangan dari dalam outdoor box dengan yang atas tu adalah radio shelf




Bawah sekali tu INC maybe untuk port connect ke Switch or monitoring port gua pun tak pasti..
kerja-kerja permasangan
lagi kerja permasangan
Rectifier juga dipasang untuk membekal power pada radio shelf dan juga inc beserta digital node shelf




Dapat juga gua rasa benda baru...kalau tak duk ikut teknologi kuno je...ilmu tu tak rugi beb kalau kita cari..untuk masa depan juga....sepanjang dua hari ni agak penat untuk install 4G ni..smpai balik lewat jugalah...tp xde OT pun..so agak shilake ini company...kedekut taik hidung masin..kalau ade rezeki memang gua nak blaja cara nak configure dalam die plak...perghhh..cerah mase depan...tapi kalau bab - bab pasang antena ni memang gua serender je..memang gayat...dan agak trauma ngn tempat tinggi..


Ok akhir sekali harap faham dengan info yang gua tulis ni.. Diharap kalau ade salah info ke jangan marah..tp tegur la untuk dikongsi bersama..ini pun hasil dari short research kat tenet...




Wokeh peace!!!!

Sudah sampai masa

Nampaknya sudah sampai masanya untuk gua servis kereta...adehh....itu semua duit lagi...ini adalah servis percuma untuk kali terakhir...tapi hanya percuma untuk upah saja...minyak hitam bersama oil filter perlu bayar maaa....perlu tunggu gaji baru boleh tukar...

sudah sampai 10k la plak
Sejak 4 bulan pakai kereta sudah 10000 gua bergerak bersama kereta ni..kalau di ikut servis sebelum ni ayah gua yang pi anta ke tempat servis eon di AU2.. jadi tak pernah langsung gua servis kereta sendiri..hahahah...bukan tak mau pegi...tapi tidak mempunyai masa yang cukup...

Tomato Ceri update

Setelah 3 bulan tanaman tomato ceri ni berjalan..gua akan ceritakan pasal bagaimana keadaan pokok tomato ceri ni sekarang..Memang agak tinggi juga la pokok tomato ceri ni berbanding pokok sayuran yang lain..bile dia sudah membesar dia bleh jadi itu sport car...eh...silap... bile die sudah membesar die tidak dapat berdiri tegak lagi..oleh itu pokok ini memerlukan sokongan kayu..so gua letak la satu kayu untuk menyokong setiap pokok-pokok ni..penat juga la nak cari ape bahan nak buat sokongan..kalau di kampung boleh juga gua sental je buluh..tp kt bandar ni mane nak carik..terpaksa la juga cari kayu lain...
     

Ini sajalah pokok tomato ceri yang dapat membesar
Penjagaan pokok tomato ceri ni juga perlu kalau tidak daun dia akan kuning atau layu..contoh nya perlu membubuh baja dan pasti kan siram yang cukup..memang tiap-tiap ari pagi dan petang gua akan siram. Kalau pagi gua akan siram sebelum pegi kerja dan petang selepas pulang dari kerja..perlu curik masa jugak la untuk benda ni.

Apa yang mengembirakan adalah setelah 3 bulan menunggu akhir nya keluar la bunga untuk membuah..hati cukup teruja sangat masa ni..hehehe..rase penat lelah terbayar...tp ingt masih perlu menunggu buah sehingga masak baru la betul2 terbayar penat lelah...hehehe

bunga tomato cari yang berwarna kuning
Bunga tomato ceri akan mengeluarkan bunga berwarna kuning dan apabila bunga gugur buah akan keluar..memang mase ni agak teruja..hehehe...

bunga dan buah tomato ceri
Ok disini lupa hendak nyatakan bahawa rupa bentuk buah tomato ceri ini agak lain dari tomato biasa...buahnya agak bujur dan tidak sebesar buah tomato biasa..


lihat la kebujuran buah tomato ceri ku....

Thursday, October 21, 2010

Fertigasi cili beris jaya

Patutnya nya gua buat lama dah pasal benda ni..tp tak berkesempatan.. Tempat ni gua pegi mase bulan puasa yang lepas untuk season puasa 2010.. Tempat ni terletak dekat Sik Kedah iaitu berdepan dengan rumah maklang gua..Menarik juga fertigasi kt sini. Apa yang dipaham kan fertigasi cili ni di usahakan oleh orang muda. bagus!!! gud effort...teruskan kerja anda....Luas juga la tempat die..kata sepupu gua dulu tempat ni tempat padang bola. dah bertukar jadi tapak tanaman cili plak..mungkin orang muda ni dulu main bola kat sini pastu dah boring terus amik padang bola jadi ladang die..hehehe..tak tau la ape kata membe die..hehe

Tali dan buluh digunakan untuk menyokong pokok dari tumbang
Memang luas jugak la tapak fertigasi ni
Penat beb kalau gua sendiri buat ni..hehehe
Sebahagian dari pokok cili yang dah berbuah..perghh..menarik ni


Sedang meningkat untuk masuk alam dewasa..tapi masih kanak-kanak

Pokok yang baru nak membesar


Kagum la tengok semua ni..sebab ni la first time tengok fertigasi secara live.. terus amik gambar..hahaha..kalau la ade rezeki nak try la wat camni..tak salah menambah pendapatan melalui hobi..betul tak....

Monday, October 18, 2010

Tomato ceri the bikining

Projek tanaman kecilan tomato ceri ni gua cuba sebab nak tengok macam mana la buah die pada pokok tu..kalau tomato gua penah tengok..ni nak try tomato ceri plak...

Tomato Ceri (Fasa 1)

 -16 Julai  Mula Semai
 - 8 Ogos   Pindah kan 4 anak pokok
 -23 Ogos   Pembajaan ( baja biji )
 -16 Sept   Pembajaan kali kedua ( cecair )
 -29 Sept   Pembajaan kali ketiga ( baja biji )

Diatas ni gua catat apa yang gua buat...ermm lama jugak la nak tunggu...
Disini gua try nak tengok baja mana yang ok dan subur untur pokok samada cecair ataupun baja biji.

Mula semai biji benih dan kelihatan dalam gambar anak benih sudah tumbuh

Setelah cukup 3 minggu anak pokok perlu di ubah...kalau tidak terbantut la pokok tu...

pindahkan anak pokok dalam poli beg

untuk langkah penjimatan satu beg boleh bubuh 2 pokok

Inilah anak pokok tomato ceri yang berumur lebih kurang sebulan           

Inilah binatang perosak pokok..kerja die makan daun je...shilake!!

Minggu penat


Minggu lepas adalah minggu yang amat penat sekali.. Dihujani dengan kerja dan task sungguh padat di opis...adehh....rasa cm tak cukup saja 24 jam sehari.. dah la staff di opis tak cukup...ni sume pasal company yang kedekut taik hidung masin..ramai staff yang berpotensi sudah cabut lari...

padahari khamis itu hari adalah paling memenatkan...bermula dengan berkebun sedikit dan terus malam gua pi beli tiket untuk balik pahang dan basuh moto ( di car wash..hahaha ) lepas tu gua pi danau beli tudung untuk isteri tersayang dan juga sambil kene guide budak kt opis...adehh...keesokan arinya pula kena bangun awal untuk pergi ke cyberjaya hadirkan diri untuk seminar IPV6..

Dengan tenaga yang tidak cukup cas untuk badan gua gagahkan diri pi seminar tu...mengantuk gila...adehhh...xpe dengan niat nak kumpul ilmu...nanti klu ada masa gua share kan apa itu IPv6..menarik juga...ok lepas tu dari cyberjaya terus amik adik balik kerumah...sampai je berkebun kejap lepas tu mandi bersiap untuk ke pahang...perghh......penuh jadual ku...

Tomato the story


Tomato  merupakan sejenis tumbuhan yang buahnya dikenali sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan. Berasal dari benua Amerika, ntah macam mana boleh sampai malaysia ni pun gua tak tau...lokasi benua yang lebih detail adalah di Amerika Tengah, Selatan dan selatan Amerika Utara dari Mexico ke Peru. Tomato banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur pasaraya careffour,Giant Tesco dan apa-apa lagi la...So gua rasa memang tak de masalah nak cari tomato ni..

Tomato  ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai tinggi 1-3 m dengan memaut pada pokok atau topang lain. Daun pokok tomato berbentuk pinat dengan panjang 10–25 cm dan mempunyai 5-9 daun kecil, setiap satunya sehingga 8 cm panjang dan pinggir berserat. Kedua-dua batang dan daun tomato agak berbulu. Bunga tomato bersaiz 1–2 cm diameter, kuning, dengan lima cuping bermata pada korola; biasanya bunga tomato muncul dalam cyme 3-12 sekali. Buah tomato merupakan bahagian yang dimakan semestinya la nak makan buah tak kan la nak makan batang kot... Saiznya berbeza mengikut jenis dari 1-2 cm kepada lebih 10 cm, namun jenis yang paling banyak dijual mempunyai diameter 5-6 cm. Warna buah tomato juga berbeza-beza...ermmm..nak cari jugak la species yang lain dari warna merah dengan warna merah yang paling popular dimakan dan di jual.

Perkataan tomato berasal dari istilah Nahuatl, tomatl. Nama spesifiknya, lycopersicum, bermakna "pic-serigala" (bandingkan dengan spesies berkaitan S. lycocarpum, yang nama saintifiknya bermakna "buah-serigala", nama biasa "epal-serigala"). Antara spesies lain dalam genus Solanum ialah terung dan ubi kentang, serta beberapa spesies beracun.

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.  Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.Yang pasti tomato ni masam la. Kebiasaannya ramai orang tak makan tomato ni mentah...ada jugak gua tengok orang makan tomato ni mentah..pergghh boleh tahan jugak la..

Monday, October 11, 2010

Internet Di Malaysia

Internet dimalaysia boleh dikatakan bermula sepenuhnya pada 1995. Dengan Jaring sebagai pembekal internet ( ISP ) pertama di malaysia. Apa itu ISP ?
ISP adalah perusahaan atau satu organisasi yang menyedia dan menjual perkhidmatan internet. Yang dahulunya ISP lebih terjerumus kepada perkhidmatan telefon. Namun sekarang hampir semuanya mobile service provider menyediakan internet seperti CELCOM, MAXIS dan juga DIGI.



Jaring adalah ISP pertama di malaysia

Dimalaysia Service Provider terbesar di monopoli oleh TM - Telekom Malaysia. Walaupun dimulakan oleh Jaring sebagai pembekal internet pertama tapi TM lebih gah dengan ISP yang besar. Mungkin ramai yang tidak sedar tentang kewujudan Jaring sebagai ISP yang pertama umunnya bagi ramai orang yagn terbiasa menggunakan service tmnet streamyx ni.

TM sebagai ISP besar di malaysia




Talian litar suwa antarabangsa berkelajuan 64Kbps ke Amerika Syarikat telah beroperasi mulai 14hb. Nov. 1992. Talian suwa ini menggantikan talian X.25 awam dan dail yang tidak lagi kos efektif setelah meningkatnya bilangan pengguna dan tahap penggunaan JARING. Pada 29hb. Nov. 1994, keupayaan JARING dipertingkatkan kepada 1.5Mbps yang merupakan 24 kali ganda lebih pantas berbanding dengan talian 64Kbps.Cuba bayangkan betapa lembab nya speed dulu. hanya 64Kbps untuk kelajuan ke US. Tapi harus ingat kegunaan pelanggan pada masa itu amat sedikit Keupayaan JARING ini memanfaatkan sepenuhnya teknologi gentian optik selaras dengan pertambahan dalam bilangan keahlian.

Tahun 1995 juga menyaksikan pemasangan sambungan kedua ke Internet antarabangsa. Sambungan tetap yang berkelajuan tinggi pada kadar 2.048Mbps (E1) berfungsi serentak dengan sambungan 1.536Mbps (T1) sebelumnya. Kehadiran E1 disamping T1 berupaya menampung penggunaan yang semakin bertambah. Sepanjang tahun 1995 pertumbuhan peningkatan keahlian JARING bertambah pada kadar purata 22% sebulan. Melalui Rancangan Malaysia Ke-7, kerajaan telah melaksanakan projek Superstruktur Maklumat Negara yang menggunakan JARING sebagai prasarana backbone.


Pada 11 Jun 1997, JARING menempa sejarah dengan pemasangan talian antarabangsa berkelajuan 45Mbps yang merupakan talian pertama seumpamanya di rantau ini (di luar Jepun). Talian ini dipasang mengambil sempena persidangan Internet terbesar di Asia, INET 97. Selanjutnya pada akhir tahun 1997, jumlah keahlian JARING meningkat melebihi 100,000 orang dengan jumlah pengguna dianggarkan melebihi 300,000 orang.Inilah serba sedikit pasal sejarah bagaimana internet bermula dimalaysia.

Jaringan kabel system TM
              
Sekarang, dengan perkembangan teknologi ISP itu berkembang tidak hanya dengan menggunakan jaringan telefon tapi juga menggunakan teknologi seperti fiber optic dan wireless.

Di Malaysia terdapat beberapa teknologi yang berbeza dipakai oleh ISP. Antaranya teknologi Cellular Broadband, DSL ,FibreOptics ,Wireless Broadband , Hotspot, Leased Line ,VSAT dan juga Wimax

Bagi pembekal internet yang menggunakan teknologi Cellular Broadband mereka ini terdiri daripada Celcom DIGI , Maxis dan juga Umobile dengan pelanggan hanya menggunakan telefon bimbit mereka untuk melayari internet.

DSL pula  menggunakan POTS (Plain Old Telephone) untuk menyediakan perkhidmatan internet kepada pelanggan dan teknologi ini diguna pakai oleh TM, Jaring Maxis dan TIME kepada pelanggan mereka dengan berkelajuan 384 kbit/s hingga 10Mbit/s

FibreOptics teknologi terkini  menggunakan kabel fiber optik yang sangat laju untuk membawa data. Antara ISP yang menggunakan teknologi ini adalah TIME , TMUnifi
FTTH-Maxis , Penangfon , Metrofon dan juga CMFN


Ini adalah senarai ISP iaitu pembekal internet di Malaysia..Memang Cukup banyak cuma yang kita selalu kenal TM, P1 wimax , Maxis dan juga Celcom tapi sebenar nya ada lagi yang kita tak tau..ermm ni pun ada yang tak bubuh dalam list..


Senarai ISP di Malaysia

1- TM - Telekom Malaysia
2- Jaring
3- Time
4- Redtone
5- P1 Wimax
6- Metrofon
7- Maxis
8- Celcom
9- DIGI
10-UMobile
11-Amax
12-iZZi
13-Extream Broadband
14-V-telecom
15-NasionCom
16-Penangfon
17-VDSL

Thursday, October 7, 2010

Deman selsema melanda

Oh Hingus.....

Dah lama tak dapat serangan virus ni...bile sekali kene adehhhh...meleleh je kt hidung. Gua ingat malas nak gi keje...tp nak ambik MC tu lg kuar duit...so pegi jela...Demam selsema biasa terjadi di kawasan beriklim panas dan juga di kawasan yang lebih sejuk..macam negara kita malaysia tercinta ni memang selalu boleh kena la..


  

Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. So bile kita kene virus ni asik bersin je la jawab nya. Cara merebak adalah dari kawan-kawan sekeliling melalui udara bila kita bercakap, bersin batuk atau bernafas.. dan lagi satu dengan tangan..orang yang di jangkiti virus ni memang tangan die duk ada virus tu...hahaha..p/s jangan salam ngan orang yg ade jangkitan virus selsema ni..

Tanda-tanda terkena jangkitan

  1.   -Hidung berair - memang cukup tak indah kalau benda ni terjadi amat lah  rimas sekali
  2.   - Tekak kering - rasa nak telan air liur pun siksa sebab tekak dah perit nak tahan sakit
  3.   -Hidung berair - hingus mula keluar dalam hidup
  4.   -Batuk - batuk kering atau kahak
  5.   -Suara parau - suara kasar dan parau disebabkan peti suara membengkak

Jangka masa

 Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Bagi mereka yang merokok, kekerapan dan jangka masa batuk adalah lebih panjang.



Risiko


  Bagi  Mereka yang mempunyai  pertahanan tubuh yang tak kuat  berisiko tinggi mendapat demam selsema yang teruk tapi gua memang jarang kena ni..mungkin sebab musim demam ni rasanya. Ini termasuklah mereka yang:
  1. • Kekurangan zat makanan.
  2. • Letih dan berasa tidak sihat
  3. • Susah hati. <-- ini  pun boleh ka ??
  4. • Warga tua.


golongan tua amat mudah terkena deman selsema. so bile tua nanti berjaga jaga lah..


Pencegahan

Petua untuk mencegah deman selsema..so mari kita share sama-sama
• Basuh la tangan tu dulu sebelum nak wat apa-apa kerana tangan ni kita pegang macam-macam
•sentiasa lah tutup mulut  ketika batuk atau bersin kerana jangan jadi penyebar virus ni.Kalau kita dah kena tak kan nak bg orang lain pun kena
• Lap la hidung yang berhingus tu dengan tisu pakai buang kerana tidak mengotor kan tangan.
• jangan dekati dengan  orang yang menghidap demam selsema terutama apabila mereka batuk atau bersin.
• Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai.
• Makanlah makanan yang seimbang.
• Jangan biarkan diri anda kesejukan atau terlalu letih. Dapatkan rehat yang mencukupi.
• Kekalkan tahap hidrasi badan yang mencukupi dengan meminum 8 gelas air sehari.
• Jauhi daripada merokok - Perokok berkecenderungan mendapat demam selsema yang lebih teruk.
• Jauhkan diri daripada alkohol - alkohol mengurangkan keupayaan badan untuk menghapuskan virus selsema.